Wednesday, July 30, 2008

Mentadbir Mimpi Sendiri

Hampir semua daripada kita bermimpi. Ada yang percaya pada mimpi dan ada juga yang tidak. Kata-kata seperti mimpi adalah mainan tidur sering terkeluar daripada mulut mereka yang tidak mempercayai mimpi.

Namun pernahkah anda terfikir bahawa jika di lihat sejarah para rasul dan nabi mereka sering mendapat petunjuk daripada mimpi. Nabi Yusuf misalnya bermimpi bulan dan bintang sujud kepada beliau. Dan petunjuk daripada mimpi itu beliau bakal menjadi pemimpin.

Mimpi juga mempunyai tiga peringkat dan anda perlu tahu mimpi yang bagaimana boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian dan mimpi yang bagaimana dikatakan mainan tidur.

Puan Dalina merupakan salah seorang kolumnis MIDI memberi kursus bagaimana caranya untuk anda mentafsir dan mentadbir mimpi dengan betul. Anda boleh tahu dengan lebih terperini mengenai beliau dengan melawat laman web dan blog beliau seperti yang tertera dibawah :-
===> http://www.quinconsult.my
===> http://ahlitafsirmimpi.blogspot.com
===> http://PsychicChild-Warisah.blogspot.com

juga menghubungi beliau :-

DALINA ISMAIL
Principal ConsultantQuin Consult
019 - 3303154
Tel/Fax: 03 - 8943 5746
email : quinconsult@gmail.com

Thursday, July 17, 2008

Lagi Penawar Kanser













Semalam saya telah ke sebuah pusat rawatan alternatif. Apa yang menarik nya ialah dikatakan mesin yang digunakan untuk merawat pelbagai penyakit ini dikatakan boleh juga merawat penyakit kanser. Sejauh mana kebenarannya tidak lah pula diketahui tetapi testimoni nya ada. Anda hanya perlu gunakan mesin ini sekerap yang mungkin dan selepas menggunakan mesin ini anda perlu lakukan akupuntur. Jika anda ingin tahu lebih lanjut sila layari laman web dibawah.

Pusat Terapi & Aculife HQNo 42, Jalan Sepadu, Taman United, Jalan Klang Lama, 58200 Kuala LumpurHotline: +603-7983 0400 Fax: +603-79837983Email: aculife.msia@yahoo.com.my

Pusat Terapi Aculife (M) Sdn Bhd AculifeTradingTingkat 1, jalan Chow Kit,50350 Kuala LumpurTel: +603-4042 7028 Fax: +603-4042 7082

Wednesday, July 16, 2008

Hanya Satu-Satunya Di Malaysia


Buku Koleksi Kisah Ceria Pengasih Akhlak Mulia bolehlah saya katakan satu-satunya buku yang terdapat di Malaysia menggabungkan pelbagai kisah lucu dan sarat dengan pengajaran. Himpunan cerita-cerita lama dan baru sangat menghiburkan. Sebahagian besar dari kisah yang diceritakan adalah diadaptasi dari kisah dan cerita ceria yang menjadi modal penceramah atau fasilitator kursus. Kelihatan dari luar mungkin ia sesuai dibaca oleh kanak-kanak tetapi sebenarnya ia sesuai dibaca oleh pelbagai peringkat umur.
Amat sesuai untuk insan yang sudah sekian lama ketandusan ukiran indah senyuman diwajah dan sering berduka dan bermuram durja hingga lupa betapa indahnya keceriaan. Cerita dalam buku ini juga cuba menyemai seberapa banyak ciri-ciri keinsanan. Buku ini diterbitkan oleh Pusat Penerbitan UiTM (UPENA) . Jika anda berminat untuk memiliki buku ini bolehlah berhubung terus dengan Ustz Ghafarullahhuddin.

tel : 03 - 5522 5490, 5522 5414

Sunday, July 13, 2008

Emotional Spritual Quotient (ESQ) – Training Spritual Terbaik



Dari Kanan : Puan Marhaini Yusoff
Pengurus Besar ESQ Malaysia,
Pak Aminul Trainer, Muqorrabin Pegawai Perhubungan Awam.

Alamat :
No E602 Blok East Wing, Metropolitan Sq, No 2 Jln Pju 8/1,Damansara Perdana.
No.tel : 03 - 77 25 16 51, 03-77 28 16 50
http://www.esqway165.com/


Jika ditanya pada saya apakah buku spiritual terbaik lagi mengesankan tanpa berfikir sesaat pun saya akan kata Buku Travelog Haji. Dan jika ditanya apakah training spiritual terbaik, pasti jawapannnya ESQ. Sahabat baik saya Marhaini Yusoff mengikuti training ini di Indonesia. Sekembalinya dia dari sana beria-ia dia bercerita dan saya pula antara faham dengan tak faham apa yang dia cuba sampaikan hanya mendengar dengan penuh teruja. Beria-ia dia mahu saya hadir dan saya pula berasa sedikit cuak. Sebabnya saya agak ‘seram’ bila dia bercerita peserta yang hadir semuanya menangis. Bukan menangis sikit tapi menangis dan menangis dan menangis. Bukan dipaksa tetapi ia hadir dengan sendiri. Mengapa sampai menangis? Bermacam-macam sebab, dan antaranya ialah mengenangkan dosa-dosa lalu. Saya pula amat malu menangis ditengah-tengah orang ramai. Jika saya hendak menangis saya akan mencari tempat yang tidak ada orang. Itu tabiat saya sedari kecil.

Dipendekkan cerita akhirnya saya hadir ke training tersebut dengan azam ‘aku tak akan menangis’. Hari pertama ok tapi masuk hari kedua sudah goyang azamnya dan hari terakhir berjuraian air mata yang turun. Memang tidak faham sepenuhnya tetapi kesannya tetap ada. Hadir untuk kali kedua dan ketiga (nota : setelah hadir buat kali pertama anda sudah jadi alumni dan boleh hadir dengan percuma bila-bila masa sahaja apabila training diadakan) saya semakin faham dan sudah kurang menangis.

Namun ada sesuatu yang agak terkilan di hati hingga kini. Apa dia? Sehingga kini saya masih belum berjaya memujuk atau mengajak walau seorang pun kawan-kawan untuk hadir ke training tersebut. Kenapa? Sebabnya saya tidak pandai menerangkan bagaimana bagusnya training ini. Pernah mencuba tetapi bunyinya agak mendesak. Dan sudah tentu memberi rasa tidak senang di hati mereka. Jika ada yang bertanya saya hanya mampu memberitahu “pergilah, memang bagus, tidak rugi walau sesenpun duit yang dikeluarkan, saya tidak pandai menerangkan.”

ESQ adala sebuah institusi Latihan yang mengajak semua Manusia mengenali dengan lebih dekat siapa Allah, bagaimana rukun islam dan rukun iman yang hanya menjadi hafalan diterapkan dalam kehidupan seharian dengan memahaminya dan mempraktikanya. Itulah 165 . 1 itu Allah, 6 rukun iman dan 5 rukun islam.

Travelog Haji - Buku Spirtual Terbaik


Prof Dr.Haji Muhd Kamil Ibrahim
Blog : http://muhdkamil.net/kehidupan
Email : mkamil@johor.uitm.edu.my
Hp: 019 – 315 4444

Mungkin kenyataan di atas bunyinya keterlaluan tetapi itulah pendapat saya. Bahasanya yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja dan paling penting ia sangat-sangat menyentuh jiwa dan perasaan. Dan tidak keterlaluan rasanya jika saya katakan masih belum ada buku spiritual sebaik Travelog Haji. Penulisan yang disertai dengan roh, sangat mengesankan dan mampu memberi impak yang besar kepada si pembaca. Pelbagai rasa dapat dirasakan. Jika boleh disamakan dengan makanan ia seperti hidangan yang cukup sempurna, bukan saja rasanya yang sedap tetapi juga dihias dengan begitu cantik serta diadun dengan begitu baik daripada bahan-bahan bermutu tinggi.

Pertama kali melihat bukunya saya membuat andaian ia sama seperti buku cerita orang pergi haji yang penuh dengan cerita pelik-pelik. Namun setelah seorang rakan menerangkan secara lalu tentang isinya saya terus meminjam dan membacanya. Dan ternyata ia merubah andaian saya seratus peratus. Helaian demi helaian di baca, semakin seronok semakin mendebarkan, semakin ingin tahu apa kesudahannya menyebabkan saya tenggelam dalam dunia sendiri. Selesai membaca terus sahaja membuat temujanji ingin menemuramah insan yang berani ini. Berani mendedahkan kelemahan diri yang mana tidak ramai orang mampu melakukannya.

Dengan harga yang sungguh berpatutan (membeli terus daripada penulisnya) saya membeli beberapa buah untuk dijadikan hadiah buat rakan-rakan (jika boleh saya mahu hadiahkan kepada semua rakan dan kenalan) namun kekangan kewangan tidak mengizinkan, mungkin sedikit demi sedikit boleh dilakukan.

Penulisnya Prof.Dr.Hj.Muhd Kamil Ibrahim, is a humble person though punya pangkat dan kedudukan yang tinggi. Sangat berterus terang dan punya sense of humor yang baik. Cara dia berfikir tidak sama seperti orang lain, melihat sesuatu dari sudut positif, itulah keistimewaannya. He has his on identity and everybody loves him a lot.

Buku yang bakal menyusur selepas TH ialah Travelog Dakwah.